Sabtu, 9 Mac 2013

MyBerita Terkini

TERKINI
Updated 6 Macl 2014@ 12.25 ptg
Maaf kerana informasi  dilaman ini tidak dikemas kini sehingga ke tarikh  ini disebabkan terdapat beberapa kesulitan -Harap maaf 



TERKINI
Updated 20 April 2013@ 4.25 ptg

Berita Harian 5 April 2012 (Khamis)
Sekian Terima Kasih
....................................................


TERKINI
Updated  19 April 2013@ 3.25 ptg
Usaha Untuk Mendapatkan Sekolah di Bandar Saujana Putra 

adaptasikan dari http://permatahatiku-sadi.blogspot.com/2011/03/usaha-mendapatkan-sekolah-di-bandar.html dan telah dimodifikasikan serba sedikit oleh Topaz2crew Admin  bagi menjaga sensitiviti penduduk setempat - Pengerusi

Rasanya dah lama kita dengar pasal usaha Persatuan Penduduk Bandar Saujana Putra untuk mendapatkan sekolah, namun sampai sekarang pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Persatuan Penduduk BSP. Terbaru masa sesi dialog yang lepas, YB Adun telah menyatakan bahawa isu sekolah bukan dibawah kuasa Adun tetapi di bawah kuasa Kementerian Pelajaran. Maka YB Adun tidak dapat memberikan sebarang komen mengenai isu ini.

Banyak pihak yang mengetengahkan isu ketiadaan sekolah di kawasan ini. Namun, TIADA  tarikh yang pasti berkenaan  PERANCANGAN SEKOLAH DI BANDAR SAUJANA PUTRA. Alkisah bermula, Persatuan Penduduk BSP yang membangkitkan usul pembinaan sekolah untuk anak-anak yang tinggal di kawasan ini. Setelah pelbagai usaha dijalankan termasuk surat dan perbincangan dengan pihak yang bertanggungjawab, Kementerian Pelajaran telah mempertimbangkan peruntukan projek pembinaan sekolah. Namun, atas faktor kengkangan peruntukan kewangan kerajaan, usul pembinaan sekolah bagaikan janji tinggal janji. Tiada kelulusan kewangan oleh Kementerian Kewangan dalam usaha pembinaan sekolah tersebut.

Di dalam perancangan BSP, tanah untuk tapak pembinaan sekolah telah dirancang dengan teliti. Namun sekiranya tiada kelulusan kewangan oleh kerajaan, bagaimana tender untuk pembinaan sekolah hendak dikeluarkan. Pihak pemaju cuba tampil untuk menghulurkan bantuan tetapi ia bukan mudah seperti yang sangkakan. Proses pembinaan sekolah melibatkan beberapa konsultasi dengan Kementerian atau Agensi termasuklah Jabatan Kerja Raya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pelajaran dan banyak lagi. Maka pemaju tiada kuasa untuk membantu Persatuan Penduduk BSP. Selain itu, untuk pembinaan sekolah  juga melibatkan isu-isu  tender dan proses ini akan menjaukaui masa yang agak panjang..






Pada penghujung tahun 2010, terdapat beberapa penjawat awam yang turun ke tapak pembinaan sekolah kawasan ini. Walaubagaimanapun, pihak yang bertanggungjawab ini tidak memberikan sebarang ulasan mengenai tarikh projek pembinaan sekolah akan diadakan. Ini merangkumi kelulusan belanjawan untuk projek sekolah dan jangkaan masa tender yang akan ditawarkan.

Insyaalah kita berharap 2013 ini akan membawa sinar harapan  kepada  penduduk -penduduk di Bandar Saujana Putra ini insyaallah .

....................................................
TERKINI
Updated  9 April 2013@11.25 pg

PERSATUAN telah memperuntukkan lebih dari 60 buah naskah Surah Yassin untuk kegunaan qariah-qariah di Taman Topaz 2 ini bagi mengadakan sebarang bentuk majlis keagamaan dan ilmu.  Kepada mereka yang ingin menggunakannya sila berhubung terus dengan saya. -- Pengerusi 

Sekian Terima Kasih
....................................................


TERKINI
Updated  8 April 2013@09.45 pg

Untuk pengetahuan bersama, PERSATUAN  telah memohon untuk mengujudkan KRT (Kejiranan Rukun Tertangga) dengan sendirinya  dikawasan Taman Topaz 2 ini dan  adalah tertakluk kepada kelulusan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Selangor . Ketika  ini Taman Topaz 2 adalah dibawah kawalan selia  Zon B (Topaz 1+2+ Crystal) yang telah dirasmikan baru –baru ini.. Jika permohonan ini diluluskan  ini adalah diantara kejayaan terbesar Persatuan  untuk mentadbirkan dan menguruskan agenda keselamatan  mengikut corak kita sendiri.  Persatuan Penduduk Taman Topaz memerlukan program dan dana dari Jabatan yang terlibat bagi memperkasakan agenda keselamatan serta mengujudkan suasana kejiranan serta persekitaran  yang selamat dikalangan penduduk setempat- Pengerusi

.............................................................................................................

TERKINI
Updated  26 Mac 2013@11.45 pg

 Logo Kelab Sukan Taman Topaz 2

 Logo Kelab Sukan  Taman Topaz 2.(bola sepak, sepak takraw, badminton, bowling).- AJK Kristal (Abdul Karim Mohamed Ali)

..............................................................................................................

TERKINI
Updated  25 Mac 2013@3.00 pg

Kepada mereka yang masih belum mengembalikan borang permohonan keahlian sila berbuat demikian dengan kadar segera .Maklumat yang dikemaskinikan akan dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan segera. Terima kasih -Pengerusi

Kerjasama dari tuan dan puan amatlah dihargai

.............................................................................................................

TERKINI
Updated  12 Mac 2013@3.00 ptg

Sila kembalikan Borang Permohonan Keahlian yang diterima pada atau sebelum 19hb Mac 2013 (Selasa) pada jam 2.00 ptg di kediaman Setiausaha En Samsul Abd Rashid (013-3725800) di No 73 Jalan 6/8 Taman Topaz 2.

Kerjasama dari tuan dan puan amatlah dihargai


Khamis, 7 Mac 2013

MyMakluman Penting

------------------------------------------------------------------------------------------------
Updated 10 Mac 2013@2.45 ptg

Kami menghargai komitmen dan penyertaan anda di dalam memperkemaskan informasi di laman ini. Kami ingin menyakinkan anda bahawa maklumbalas adalah dipertimbangkan dengan sewajarnya dan tindakan akan diambil bagi setiap cadangan yang membina.Ukhwah ini bergantung kepada kesediaan anda, oleh yang demikian adalah penting untuk anda jujur dalam memberi sebarang cadangan serta ulasan dan berikanlah sebarang komen yang anda fikirkan dapat membantu.Setiap cadangan seharusnya meletakkan nama dan nombor  kediaman untuk  tindakan selanjutnya.Sebarang cetusan provokasi sama sekali tidak akan dilayan.
--------------------------------------------------------






Khamis, 28 Februari 2013

MyPrinsip - Prinsip Kejiranan Penduduk TamanTopaz 2

Dikongsikan bersama penduduk dengan  matlamat  bagi merakyatkan Persatuan -Pengerusi






Q= Quarter (suku tahun)

























MyCarta Organisasi Persatuan Penduduk Taman Topaz 2







Carta Organisasi Persatuan Penduduk Taman Topaz 2
( ) = No kediaman.
Carta Organisasi Persatuan Penduduk Taman Topaz 2 (WANITA)
( ) = No kediaman.
Carta Organisasi Persatuan Penduduk Taman Topaz 2 (KRT)
( ) = No kediaman.





MyBerita dari KRT (Kejiranan Rukun Tetangga)


Informasi akan dikemaskinikan oleh ketua -ketua KRT yang dilantik.

 Apa itu KRT 
Langkah memupuk semangat kejiranan khususnya bagi masyarakat yang tinggal di kawasan bandar harus dipergiatkan dengan lebih serius lagi di semua peringkat.Ini amat penting dalam memastikan perpaduan berbilang kaum khususnya bagi penduduk bandar terjalin kukuh dengan semangat kejiranan yang tinggi tanpa mengira bangsa dan agama. perkara ini amat penting dalam memastikan kemakmuran dan ketenteraman negara ini menempuhi era globalisasi yang kian mencabar.
“Pendekatan melalui konsep kejiranan iaitu dengan penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) merupakan satu langkah yang positif dan berkesan ke arah perpaduan kaum.
“Melalui konsep ini ia akan mampu mewujudkan jalinan kemesraan antara masyarakat yang berbeza kaum dan agama, serta bertindak mengeratkan interaksi masyarakat yang berbeza budaya dan amalan.“Kita juga berharap pada masa akan datang jumlah KRT yang berdaftar akan bertambah serta berjalan atas fungsi-fungsi serta dasar yang telah ditetapkan oleh jabatan iaitu bergiat aktif dalam semua program yang berkaitan demi manfaat bersama.
Program ini merupakan satu program transformasi yang menjurus ke arah pemikiran baru dalam program-program Jiran-jiran 1Malaysia. Masyarakat perlu menanam sikap terbuka iaitu bersedia menerima kejiranan yang berlainan kaum dan mampu hidup dalam suasana yang baik.
Ketua - Ketua KRT Berdaftar 
Blok Zamrud  En Shahidan (No 99 Jalan 6/8 )
Blok Nilam     En Sharom   (No 65 Jalan 6/8 )
Blok Kristal    En Nizam      (No 70 Jalan 6/7 )
Blok Mutiara  En Fahmi      (No 120 Jalan 6/7)

Rabu, 27 Februari 2013

MyTopaz 2 Buletin

Kepala surat rasmi Persatuan




Logo Persatuan


Sijil Pendaftaran Pertubuhan



Makluman
Dengan sukacitanya Persatuan  Penduduk Taman Topaz 2 telah didaftar dan diluluskan  sebagai satu Pertubuhan yang sah dibawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftarannya PPM -004-10-21112012 berkuatkuasa pada 21 Nov 2012 denga nama rasminya "PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TOPAZ 2 " Bandar Saujana Putra . Segala  aktiviti- aktiviti  Persatuan adalah tertakluk kepada Peraturan -Peraturan Pertubuhan 1984.

Persatuan akan mengedarkan  satu (1) salinan akta pertubuhan  kepada setiap kediaman untuk rujukan bersama.

Sekian Terima Kasih

MySukan dan Riadah

Dilaman ini juga mengalukan dan memuatkan segala berita  aktiviti riadah dan kesukanan untuk penduduk Taman Topaz 2


Tarikh : 3hb March 2013 (Ahad)
Tempat : Frenzie Sport Arena (Seksyen 16 Shah Alam)
Masa : 8.30pg - 4.30 ptg 


Jika ada kelapangan bolehlah datang dan menyokong pasukan kita . Dua (2)  pasukan dari Topaz 2. Sekian Terima Kasih






MyOh My English.....


This article is  just for our reference how  to start learning English... I believe most of us already aware on the term that  we were  learnt in primary and secondary school long time ago and just to share with each other and surely  sharing is almost caring.



If you just started learning English, you first need to know some basic rules of the language. Developing a solid foundation in English grammar will not only help you create your own sentences correctly but will also make it easier to improve your communication skills in both spoken and written English 

Study all the lessons below and incorporate your learning into your speaking and writing. 
http://www.talkenglish.com/Grammar/Grammar.aspx


1. Singular and Plural Nouns
2. Count Nouns vs. Non-Count Nouns
3. Possessive Nouns
4. Pronouns
5. 'Be' Verbs
6. Action Verbs
7. Adjectives
8. Comparative and Superlative Adjectives
9. Adverbs
10. Simple Tense
11. Progressive and Perfect Tense
12. Perfect Progressive Tense
13. Irregular Verbs
14. Gerunds
15. Infinitives 1
16. Infinitives 2
17. Active Voice and Passive Voice
18. Indicative, Imperative, Subjunctive Mood
19. Auxiliary Verbs - 'Be', 'Do', 'Have'
20. Auxiliary Verbs - 'Will/Would', 'Shall/Should'
21. Auxiliary Verbs - 'Can/Could', 'May/Might/Must'
22. Prepositions - 'On', 'At', 'In'
23. Prepositions - 'Of', 'To', 'For'
24. Prepositions - 'With', 'Over', 'By'
25. Conjunctions - Coordinating and Correlative
26. Conjunctions - Subordinating
27. Conjunctive Adverbs
28. Articles - Indefinite and Definite
29. Interjections
30. Capitalization

MyIklaneka (mudah dan ringkas)

Berniat untuk menjual dan mencari sesuatu ? , kongsikan material yang hendak dijual dan kami akan BANTU anda untuk menghebahkannya... Jangan tunggu !!!!!!!!!!

MyMajlis (keramaian)

Berhajat untuk membuat kenduri atau majlis ringkas  ? sila kongsikan agenda anda  kepada PERSATUAN dan kami akan hebahkan untuk pengetahuan umum. Sila hubungi AJK di Blok tuan dan puan untuk keterangan lanjut. Terima kasih

Selasa, 26 Februari 2013

MyHari Lahir Bulan Ini


Kongsikan kegembiraan dengan semua warga Topaz 2  jika tarikh lahir anak  anda lahir jatuh  pada bulan Mac ini  dan kepada permata -permata Topaz 2  ini , PERSATUAN  mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir

MyKelahiran Orang Baru Februari /Mac (informasi)



Penduduk  diharap dapat berkongsi kegembiraan dengan mengemaskini kan nama , tarikh dilahirkan dan gambar si comel untuk  tujuan dikongsikan kegembiraan  dan kami Persatuan turut juga juga bebangga dengan kelahiran ini  .Sila rujuk kepada En Setiausaha

MyLawak Minggu Ini

Last Updated : 8 March 2013

Kisah Lucu : Pesakit Mental dan Doktor

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "f%&^C*&K"






MyTakzirah Minggu Ini


Updated 11 Mac 2013
TIPS DIPETIK DARI MOTIVATOR OLEH DATO’ DR FADZILLAH KAMSAH
 
- Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur setiap hari, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
- Solat taubat dan solat istikharah bila ada keperluan– Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
- Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
- Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan. Kita mungkin tidak boleh mohon maaf kepada semua manusia tetapi kita berupaya untuk memaafkan semua orang. Cara ini mengurangkan beban emosi dan kita akan lebih ceria pada setiap hari.
- Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”.  Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
- Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
- Untuk mencuci hati antara aktiviti terbaik adalah dengan mencuci tandas. Mengikut sesetengah pendapat ianya dapat membasuh kesombongan pada hati.
 - Amalkan bismillah lima banyak khasiatnya .

...............................................................................................................




 Updated 6 Mac 2013

Dendam Penyembah Api!


 26 Zulhijjah 23H..


14 kurun yang lalu, di waktu subuh yang hening, seluruh Bumi Madinah dikejutkan dengan berita pembunuhan Amirul Mukminin, pemimpin agung bagi hampir dua pertiga dunia, 'Umar Al-Khatthab. Pada zaman pemerintahannya, dunia menyaksikan berlaku beberapa pembukaan kota-kota besar dunia seperti Baitul Maqdis dan kerajaan Parsi. Kehebatan tentera 'Umar yang bertukar-tukar panglima perang telah begitu menakutkan seluruh kerajaan Parsi, sehingga akhirnya dunia menyaksikan bagaimana tumbangnya sebuah kerajaan agung Parsi ke tangan Islam.

Pun begitu, setelah hampir dua tahun kota Parsi dibuka, masih ada beberapa raja Parsi yang masih hidup. Sepanjang tempoh dua tahun mereka merancang untuk membunuh 'Umar dengan cara yang paling licik. Ibn Kathir menulis didalam Al-Bidayah wan-Nihayah tentang dialog seorang raja Parsi, Hurmuzan bersama 'Umar. Dialog itu berakhir dengan 'pengislaman' Hurmuzan di hadapan 'Umar sendiri. Namun, beberapa kaum Muslimin sudah pun meragui keislaman Hurmuzan. Seorang sahabat, Al-Mughirah bin Syu'bah, yang juga merupakan penterjemah antara 'Umar dan raja Parsi, telah mengambil Fairuz, seorang pemuda Majusi yang berasal dari Rom, sebagai hamba. Pemuda ini didapati mempunyai banyak kemahiran yang mampu dimanfaatkan oleh umat Islam. Atas sangka baik yang ada pada 'Umar, maka Fairuz, yang kemudiannya digelar Abu Lu'lu'ah, telah dibenarkan untuk tinggal dan bekerja di dalam Madinah, walaupun keislamannya diragui. Tanpa disangka-sangka, perancangan awal untuk membunuh 'Umar telah disusun oleh Hurmuzan, bekas raja Parsi yang mengaku memeluk Islam. Abu Lu'lu'ah telah ditugaskan untuk melaksanakan pembunuhan itu. Beberapa kejadian protes seperti tidak mahu membayar cukai sebagai hamba yang bekerja, telah dibangkitkan oleh Abu Lu'lu'ah. Tempahan membuat pedang dan senjata juga tidak mahu diterima kerana protes. Kesemua peristiwa ini menambah dendam Abu Lu'lu'ah kepada 'Umar.

Pagi itu, seperti biasa, penduduk Madinah datang berbondong-bondong ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat Subuh berjemaah. Abu Lu'lu'ah juga hadir dan dia mengambil saf yang paling hadapan, betul-betul di belakang 'Umar yang menjadi imam. Ketika solat Subuh dimulai, Abu Lu'lu'ah tiba-tiba menikam 'Umar bertubi-tubi dari belakang dengan menggunakan pisau belati beracun. Lalu 'Umar jatuh tersungkur di lantai masjid dengan berlumuran darah. Abu Lu'lu'ah kemudiannya cuba melarikan diri namun dihalang oleh jemaah yang lain. Dia tidak berputus asa malah tidak henti-henti menghayunkan pisau bermata dua yang masih ditangannya menyebabkan seorang demi seorang sahabat yang lain gugur. Akhirnya, dia dapati telah menikam dirinya sendiri hingga mati.

Selesai solat Subuh yang diimami oleh Abdul Rahman bin Auf, 'Umar dibawa pulang ke rumahnya untuk menerima rawatan. Tabib yang merawat beliau memberinya minum pati buah kurma namun selepas ditelan, keluar cecair merah dari luka pada bahagian perut 'Umar. Pada masa itu, mereka tidak dapat memastikan sama ada cecair merah itu ialah darah mahupun pati buah kurma yang baru ditelan. 'Umar kemudiannya diberi minum susu dan cecair putih pula yang keluar dari perut 'Umar! Melihat kepada keadaan 'Umar yang sungguh kronik itu, tabib itu kemudiannya memberi isyarat supaya 'Umar segera menulis wasiat.

'Umar akur dan segera memanggil Uthman bin Affan untuk menuliskan wasiatnya. Beliau melantik 6 orang ahli syura untuk mengadakan mesyuarat bagi melantik salah seorang daripada mereka untuk menjadi khalifah yang terdiri daripada Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf, Ali bin Abi Talib, Thalhah bin Ubaidullah, Zubair bin Al-Awwam dan Saad bin Abi Waqas.

Setelah menyempurnakan wasiatnya, Khalifah Umar wafat pada hujung bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah bersamaan tahun 644 Masihi pada usia 63 tahun. Beliau wafat 2 hari selepas peristiwa yang sungguh tragik ini. Jasad Khalifah Umar Al-Khattab kemudiannya disemadikan bersebelahan dengan manusia yang paling dicintainya iaitu Rasulullah SAW.. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya buat 'Umar Al-Faarooq dan memberi peluang untuk kita menatap wajahnya dan bersama dengan mereka di syurga-Nya kelak. Amin…






Khamis, 21 Februari 2013

MyInfo-Pelekat Kenderaan

Updated 13 March 2013@ 3.30ptg 
hanya sebagai contoh sahaja - gambar hiasan


Pelekat Kenderaan Berlogo Persatuan

Persatuan bercadang untuk mengeluarkan  pelekat kenderaan kereta dan motosikal bagi kegunaan Penduduk Taman Topaz 2 . Pemakaian pelekat ini lebih kepada semangat setia kawan dengan mendukung prinsip -prinsip kejiranan khasnya diantara penduduk secara tidak langsungnya akan meningkatkan kawalan keselamatan secara amnya dan Persatuan bercadang mempertimbangkan  untuk menanggung segala kos yang dikenakan pada pelekat pertama  dan hanya pelekat kedua akan dikenakan bayaran . Pada masa ini , rekabentuk dan kesesuaiannya  masih lagi  didalam perbincangan  diperingkat Ahli Jawatankuasa .Sekian terima kasih - Pengerusi