Informasi akan dikemaskinikan oleh ketua -ketua KRT yang dilantik.
Apa itu KRT
Langkah memupuk semangat kejiranan khususnya bagi masyarakat
yang tinggal di kawasan bandar harus dipergiatkan dengan lebih serius lagi di
semua peringkat.Ini
amat penting dalam memastikan perpaduan berbilang kaum khususnya bagi penduduk
bandar terjalin kukuh dengan semangat kejiranan yang tinggi tanpa mengira
bangsa dan agama. perkara ini amat penting dalam memastikan kemakmuran dan
ketenteraman negara ini menempuhi era globalisasi yang kian
mencabar.
“Pendekatan melalui konsep kejiranan iaitu dengan penubuhan Kawasan
Rukun Tetangga (KRT) merupakan satu langkah yang positif dan berkesan ke arah
perpaduan kaum.
“Melalui
konsep ini ia akan mampu mewujudkan jalinan kemesraan antara masyarakat yang
berbeza kaum dan agama, serta bertindak mengeratkan interaksi masyarakat yang
berbeza budaya dan amalan.“Kita
juga berharap pada masa akan datang jumlah KRT yang berdaftar akan bertambah
serta berjalan atas fungsi-fungsi serta dasar yang telah ditetapkan oleh
jabatan iaitu bergiat aktif dalam semua program yang berkaitan demi manfaat
bersama.
Program
ini merupakan satu program transformasi yang menjurus ke arah pemikiran baru
dalam program-program Jiran-jiran 1Malaysia. Masyarakat perlu menanam sikap
terbuka iaitu bersedia menerima kejiranan yang berlainan kaum dan mampu hidup
dalam suasana yang baik.
Ketua - Ketua KRT Berdaftar
Blok Zamrud En Shahidan (No 99 Jalan 6/8 )
Blok Nilam En Sharom (No 65 Jalan 6/8 )
Blok Kristal En Nizam (No 70 Jalan 6/7 )
Blok Mutiara En Fahmi (No 120 Jalan 6/7)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan