Updated 11 Mac 2013
TIPS DIPETIK DARI MOTIVATOR OLEH DATO’ DR FADZILLAH KAMSAH
- Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur setiap hari, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
- Solat taubat dan solat istikharah bila ada keperluan– Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
- Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
- Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan. Kita mungkin tidak boleh mohon maaf kepada semua manusia tetapi kita berupaya untuk memaafkan semua orang. Cara ini mengurangkan beban emosi dan kita akan lebih ceria pada setiap hari.
- Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
- Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
- Untuk mencuci hati antara aktiviti terbaik adalah dengan mencuci tandas. Mengikut sesetengah pendapat ianya dapat membasuh kesombongan pada hati.
- Amalkan bismillah lima banyak khasiatnya .
...............................................................................................................
Dendam Penyembah Api!
14 kurun yang lalu, di waktu subuh yang
hening, seluruh Bumi Madinah dikejutkan dengan berita pembunuhan Amirul
Mukminin, pemimpin agung bagi hampir dua pertiga dunia, 'Umar Al-Khatthab. Pada
zaman pemerintahannya, dunia menyaksikan berlaku beberapa pembukaan kota-kota
besar dunia seperti Baitul Maqdis dan kerajaan Parsi. Kehebatan tentera 'Umar
yang bertukar-tukar panglima perang telah begitu menakutkan seluruh kerajaan
Parsi, sehingga akhirnya dunia menyaksikan bagaimana tumbangnya sebuah kerajaan
agung Parsi ke tangan Islam.
Pun begitu, setelah hampir dua tahun kota
Parsi dibuka, masih ada beberapa raja Parsi yang masih hidup. Sepanjang tempoh
dua tahun mereka merancang untuk membunuh 'Umar dengan cara yang paling licik.
Ibn Kathir menulis didalam Al-Bidayah wan-Nihayah tentang dialog seorang raja
Parsi, Hurmuzan bersama 'Umar. Dialog itu berakhir dengan 'pengislaman'
Hurmuzan di hadapan 'Umar sendiri. Namun, beberapa kaum Muslimin sudah pun
meragui keislaman Hurmuzan. Seorang sahabat, Al-Mughirah bin Syu'bah, yang juga
merupakan penterjemah antara 'Umar dan raja Parsi, telah mengambil Fairuz,
seorang pemuda Majusi yang berasal dari Rom, sebagai hamba. Pemuda ini didapati
mempunyai banyak kemahiran yang mampu dimanfaatkan oleh umat Islam. Atas sangka
baik yang ada pada 'Umar, maka Fairuz, yang kemudiannya digelar Abu Lu'lu'ah,
telah dibenarkan untuk tinggal dan bekerja di dalam Madinah, walaupun
keislamannya diragui. Tanpa disangka-sangka, perancangan awal untuk membunuh
'Umar telah disusun oleh Hurmuzan, bekas raja Parsi yang mengaku memeluk Islam.
Abu Lu'lu'ah telah ditugaskan untuk melaksanakan pembunuhan itu. Beberapa
kejadian protes seperti tidak mahu membayar cukai sebagai hamba yang bekerja,
telah dibangkitkan oleh Abu Lu'lu'ah. Tempahan membuat pedang dan senjata juga
tidak mahu diterima kerana protes. Kesemua peristiwa ini menambah dendam Abu
Lu'lu'ah kepada 'Umar.
Pagi itu, seperti biasa, penduduk Madinah
datang berbondong-bondong ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat Subuh
berjemaah. Abu Lu'lu'ah juga hadir dan dia mengambil saf yang paling hadapan,
betul-betul di belakang 'Umar yang menjadi imam. Ketika solat Subuh dimulai,
Abu Lu'lu'ah tiba-tiba menikam 'Umar bertubi-tubi dari belakang dengan
menggunakan pisau belati beracun. Lalu 'Umar jatuh tersungkur di lantai masjid
dengan berlumuran darah. Abu Lu'lu'ah kemudiannya cuba melarikan diri namun
dihalang oleh jemaah yang lain. Dia tidak berputus asa malah tidak henti-henti
menghayunkan pisau bermata dua yang masih ditangannya menyebabkan seorang demi
seorang sahabat yang lain gugur. Akhirnya, dia dapati telah menikam dirinya
sendiri hingga mati.
Selesai solat Subuh yang diimami oleh
Abdul Rahman bin Auf, 'Umar dibawa pulang ke rumahnya untuk menerima rawatan.
Tabib yang merawat beliau memberinya minum pati buah kurma namun selepas
ditelan, keluar cecair merah dari luka pada bahagian perut 'Umar. Pada masa
itu, mereka tidak dapat memastikan sama ada cecair merah itu ialah darah
mahupun pati buah kurma yang baru ditelan. 'Umar kemudiannya diberi minum susu
dan cecair putih pula yang keluar dari perut 'Umar! Melihat kepada keadaan
'Umar yang sungguh kronik itu, tabib itu kemudiannya memberi isyarat supaya
'Umar segera menulis wasiat.
'Umar akur dan segera memanggil Uthman bin
Affan untuk menuliskan wasiatnya. Beliau melantik 6 orang ahli syura untuk
mengadakan mesyuarat bagi melantik salah seorang daripada mereka untuk menjadi
khalifah yang terdiri daripada Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf, Ali bin
Abi Talib, Thalhah bin Ubaidullah, Zubair bin Al-Awwam dan Saad bin Abi Waqas.
Setelah menyempurnakan wasiatnya, Khalifah
Umar wafat pada hujung bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah bersamaan tahun 644
Masihi pada usia 63 tahun. Beliau wafat 2 hari selepas peristiwa yang sungguh
tragik ini. Jasad Khalifah Umar Al-Khattab kemudiannya disemadikan bersebelahan
dengan manusia yang paling dicintainya iaitu Rasulullah SAW.. Semoga Allah
melimpahkan rahmat-Nya buat 'Umar Al-Faarooq dan memberi peluang untuk kita
menatap wajahnya dan bersama dengan mereka di syurga-Nya kelak. Amin…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan