Sabtu, 9 Mac 2013

MyBerita Terkini

TERKINI
Updated 6 Macl 2014@ 12.25 ptg
Maaf kerana informasi  dilaman ini tidak dikemas kini sehingga ke tarikh  ini disebabkan terdapat beberapa kesulitan -Harap maaf 



TERKINI
Updated 20 April 2013@ 4.25 ptg

Berita Harian 5 April 2012 (Khamis)
Sekian Terima Kasih
....................................................


TERKINI
Updated  19 April 2013@ 3.25 ptg
Usaha Untuk Mendapatkan Sekolah di Bandar Saujana Putra 

adaptasikan dari http://permatahatiku-sadi.blogspot.com/2011/03/usaha-mendapatkan-sekolah-di-bandar.html dan telah dimodifikasikan serba sedikit oleh Topaz2crew Admin  bagi menjaga sensitiviti penduduk setempat - Pengerusi

Rasanya dah lama kita dengar pasal usaha Persatuan Penduduk Bandar Saujana Putra untuk mendapatkan sekolah, namun sampai sekarang pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Persatuan Penduduk BSP. Terbaru masa sesi dialog yang lepas, YB Adun telah menyatakan bahawa isu sekolah bukan dibawah kuasa Adun tetapi di bawah kuasa Kementerian Pelajaran. Maka YB Adun tidak dapat memberikan sebarang komen mengenai isu ini.

Banyak pihak yang mengetengahkan isu ketiadaan sekolah di kawasan ini. Namun, TIADA  tarikh yang pasti berkenaan  PERANCANGAN SEKOLAH DI BANDAR SAUJANA PUTRA. Alkisah bermula, Persatuan Penduduk BSP yang membangkitkan usul pembinaan sekolah untuk anak-anak yang tinggal di kawasan ini. Setelah pelbagai usaha dijalankan termasuk surat dan perbincangan dengan pihak yang bertanggungjawab, Kementerian Pelajaran telah mempertimbangkan peruntukan projek pembinaan sekolah. Namun, atas faktor kengkangan peruntukan kewangan kerajaan, usul pembinaan sekolah bagaikan janji tinggal janji. Tiada kelulusan kewangan oleh Kementerian Kewangan dalam usaha pembinaan sekolah tersebut.

Di dalam perancangan BSP, tanah untuk tapak pembinaan sekolah telah dirancang dengan teliti. Namun sekiranya tiada kelulusan kewangan oleh kerajaan, bagaimana tender untuk pembinaan sekolah hendak dikeluarkan. Pihak pemaju cuba tampil untuk menghulurkan bantuan tetapi ia bukan mudah seperti yang sangkakan. Proses pembinaan sekolah melibatkan beberapa konsultasi dengan Kementerian atau Agensi termasuklah Jabatan Kerja Raya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pelajaran dan banyak lagi. Maka pemaju tiada kuasa untuk membantu Persatuan Penduduk BSP. Selain itu, untuk pembinaan sekolah  juga melibatkan isu-isu  tender dan proses ini akan menjaukaui masa yang agak panjang..






Pada penghujung tahun 2010, terdapat beberapa penjawat awam yang turun ke tapak pembinaan sekolah kawasan ini. Walaubagaimanapun, pihak yang bertanggungjawab ini tidak memberikan sebarang ulasan mengenai tarikh projek pembinaan sekolah akan diadakan. Ini merangkumi kelulusan belanjawan untuk projek sekolah dan jangkaan masa tender yang akan ditawarkan.

Insyaalah kita berharap 2013 ini akan membawa sinar harapan  kepada  penduduk -penduduk di Bandar Saujana Putra ini insyaallah .

....................................................
TERKINI
Updated  9 April 2013@11.25 pg

PERSATUAN telah memperuntukkan lebih dari 60 buah naskah Surah Yassin untuk kegunaan qariah-qariah di Taman Topaz 2 ini bagi mengadakan sebarang bentuk majlis keagamaan dan ilmu.  Kepada mereka yang ingin menggunakannya sila berhubung terus dengan saya. -- Pengerusi 

Sekian Terima Kasih
....................................................


TERKINI
Updated  8 April 2013@09.45 pg

Untuk pengetahuan bersama, PERSATUAN  telah memohon untuk mengujudkan KRT (Kejiranan Rukun Tertangga) dengan sendirinya  dikawasan Taman Topaz 2 ini dan  adalah tertakluk kepada kelulusan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Selangor . Ketika  ini Taman Topaz 2 adalah dibawah kawalan selia  Zon B (Topaz 1+2+ Crystal) yang telah dirasmikan baru –baru ini.. Jika permohonan ini diluluskan  ini adalah diantara kejayaan terbesar Persatuan  untuk mentadbirkan dan menguruskan agenda keselamatan  mengikut corak kita sendiri.  Persatuan Penduduk Taman Topaz memerlukan program dan dana dari Jabatan yang terlibat bagi memperkasakan agenda keselamatan serta mengujudkan suasana kejiranan serta persekitaran  yang selamat dikalangan penduduk setempat- Pengerusi

.............................................................................................................

TERKINI
Updated  26 Mac 2013@11.45 pg

 Logo Kelab Sukan Taman Topaz 2

 Logo Kelab Sukan  Taman Topaz 2.(bola sepak, sepak takraw, badminton, bowling).- AJK Kristal (Abdul Karim Mohamed Ali)

..............................................................................................................

TERKINI
Updated  25 Mac 2013@3.00 pg

Kepada mereka yang masih belum mengembalikan borang permohonan keahlian sila berbuat demikian dengan kadar segera .Maklumat yang dikemaskinikan akan dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan segera. Terima kasih -Pengerusi

Kerjasama dari tuan dan puan amatlah dihargai

.............................................................................................................

TERKINI
Updated  12 Mac 2013@3.00 ptg

Sila kembalikan Borang Permohonan Keahlian yang diterima pada atau sebelum 19hb Mac 2013 (Selasa) pada jam 2.00 ptg di kediaman Setiausaha En Samsul Abd Rashid (013-3725800) di No 73 Jalan 6/8 Taman Topaz 2.

Kerjasama dari tuan dan puan amatlah dihargai


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Philippe Akmal Coutinho berkata...
Pengerusi kalau nk buat jgn lupa bgtau
22 Mac 2013 12:08 PG

Philippe Akmal Coutinho berkata...

Semoga 2013 ni sekolah akan dibina..mana tau aku bleh jadi project management consultant ke..hehe