Q= Quarter (suku tahun) |
Selamat Datang ke Laman Persatuan Penduduk Taman Topaz 2 Bandar Saujana Putra, Lebuhraya Elite 42610 Jenjarom, Selangor Darul Ehsan.
Khamis, 28 Februari 2013
MyPrinsip - Prinsip Kejiranan Penduduk TamanTopaz 2
MyCarta Organisasi Persatuan Penduduk Taman Topaz 2
Carta Organisasi Persatuan Penduduk Taman Topaz 2 ( ) = No kediaman. |
Carta Organisasi Persatuan Penduduk Taman Topaz 2 (WANITA) ( ) = No kediaman. |
Carta Organisasi Persatuan Penduduk Taman Topaz 2 (KRT) ( ) = No kediaman. |
MyBerita dari KRT (Kejiranan Rukun Tetangga)
Informasi akan dikemaskinikan oleh ketua -ketua KRT yang dilantik.
Apa itu KRT
Langkah memupuk semangat kejiranan khususnya bagi masyarakat
yang tinggal di kawasan bandar harus dipergiatkan dengan lebih serius lagi di
semua peringkat.Ini
amat penting dalam memastikan perpaduan berbilang kaum khususnya bagi penduduk
bandar terjalin kukuh dengan semangat kejiranan yang tinggi tanpa mengira
bangsa dan agama. perkara ini amat penting dalam memastikan kemakmuran dan
ketenteraman negara ini menempuhi era globalisasi yang kian
mencabar.
“Pendekatan melalui konsep kejiranan iaitu dengan penubuhan Kawasan
Rukun Tetangga (KRT) merupakan satu langkah yang positif dan berkesan ke arah
perpaduan kaum.
“Melalui
konsep ini ia akan mampu mewujudkan jalinan kemesraan antara masyarakat yang
berbeza kaum dan agama, serta bertindak mengeratkan interaksi masyarakat yang
berbeza budaya dan amalan.“Kita
juga berharap pada masa akan datang jumlah KRT yang berdaftar akan bertambah
serta berjalan atas fungsi-fungsi serta dasar yang telah ditetapkan oleh
jabatan iaitu bergiat aktif dalam semua program yang berkaitan demi manfaat
bersama.
Program
ini merupakan satu program transformasi yang menjurus ke arah pemikiran baru
dalam program-program Jiran-jiran 1Malaysia. Masyarakat perlu menanam sikap
terbuka iaitu bersedia menerima kejiranan yang berlainan kaum dan mampu hidup
dalam suasana yang baik.
Ketua - Ketua KRT Berdaftar
Blok Zamrud En Shahidan (No 99 Jalan 6/8 )
Blok Nilam En Sharom (No 65 Jalan 6/8 )
Blok Kristal En Nizam (No 70 Jalan 6/7 )
Blok Mutiara En Fahmi (No 120 Jalan 6/7)
Rabu, 27 Februari 2013
MyTopaz 2 Buletin
Kepala surat rasmi Persatuan |
Logo Persatuan |
Sijil Pendaftaran Pertubuhan |
Makluman
Dengan sukacitanya Persatuan Penduduk Taman Topaz 2 telah didaftar dan diluluskan sebagai satu Pertubuhan yang sah dibawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftarannya PPM -004-10-21112012 berkuatkuasa pada 21 Nov 2012 denga nama rasminya "PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TOPAZ 2 " Bandar Saujana Putra . Segala aktiviti- aktiviti Persatuan adalah tertakluk kepada Peraturan -Peraturan Pertubuhan 1984.
Persatuan akan mengedarkan satu (1) salinan akta pertubuhan kepada setiap kediaman untuk rujukan bersama.
MySukan dan Riadah
Dilaman ini juga mengalukan dan memuatkan segala berita aktiviti riadah dan kesukanan untuk penduduk Taman Topaz 2
Tarikh : 3hb March 2013 (Ahad)
Tempat : Frenzie Sport Arena (Seksyen 16 Shah Alam)
Masa : 8.30pg - 4.30 ptg
Jika ada kelapangan bolehlah datang dan menyokong pasukan kita . Dua (2) pasukan dari Topaz 2. Sekian Terima Kasih
MyOh My English.....
Basics of English Grammar
This article is just for our reference how to start learning English... I believe most of us already aware on the term that we were learnt in primary and secondary school long time ago and just to share with each other and surely sharing is almost caring.
If you just started learning English, you first need to know some basic rules of the language. Developing a solid foundation in English grammar will not only help you create your own sentences correctly but will also make it easier to improve your communication skills in both spoken and written English
Study all the lessons below and incorporate your learning into your speaking and writing.
http://www.talkenglish.com/Grammar/Grammar.aspx
MyIklaneka (mudah dan ringkas)
Berniat untuk menjual dan mencari sesuatu ? , kongsikan material yang hendak dijual dan kami akan BANTU anda untuk menghebahkannya... Jangan tunggu !!!!!!!!!!
MyMajlis (keramaian)
Berhajat untuk membuat kenduri atau majlis ringkas ? sila kongsikan agenda anda kepada PERSATUAN dan kami akan hebahkan untuk pengetahuan umum. Sila hubungi AJK di Blok tuan dan puan untuk keterangan lanjut. Terima kasih
Selasa, 26 Februari 2013
MyHari Lahir Bulan Ini
Kongsikan kegembiraan dengan semua warga Topaz 2 jika tarikh lahir anak anda lahir jatuh pada bulan Mac ini dan kepada permata -permata Topaz 2 ini , PERSATUAN mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir
MyKelahiran Orang Baru Februari /Mac (informasi)
Penduduk diharap dapat berkongsi kegembiraan dengan mengemaskini kan nama , tarikh dilahirkan dan gambar si comel untuk tujuan dikongsikan kegembiraan dan kami Persatuan turut juga juga bebangga dengan kelahiran ini .Sila rujuk kepada En Setiausaha
MyLawak Minggu Ini
Last Updated : 8 March 2013
Kisah Lucu : Pesakit Mental dan Doktor
Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.
Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "f%&^C*&K"
Kisah Lucu : Pesakit Mental dan Doktor
Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.
Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "f%&^C*&K"
MyTakzirah Minggu Ini
Updated 11 Mac 2013
TIPS DIPETIK DARI MOTIVATOR OLEH DATO’ DR FADZILLAH KAMSAH
- Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur setiap hari, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
- Solat taubat dan solat istikharah bila ada keperluan– Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
- Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
- Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan. Kita mungkin tidak boleh mohon maaf kepada semua manusia tetapi kita berupaya untuk memaafkan semua orang. Cara ini mengurangkan beban emosi dan kita akan lebih ceria pada setiap hari.
- Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
- Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
- Untuk mencuci hati antara aktiviti terbaik adalah dengan mencuci tandas. Mengikut sesetengah pendapat ianya dapat membasuh kesombongan pada hati.
- Amalkan bismillah lima banyak khasiatnya .
...............................................................................................................
Dendam Penyembah Api!
14 kurun yang lalu, di waktu subuh yang
hening, seluruh Bumi Madinah dikejutkan dengan berita pembunuhan Amirul
Mukminin, pemimpin agung bagi hampir dua pertiga dunia, 'Umar Al-Khatthab. Pada
zaman pemerintahannya, dunia menyaksikan berlaku beberapa pembukaan kota-kota
besar dunia seperti Baitul Maqdis dan kerajaan Parsi. Kehebatan tentera 'Umar
yang bertukar-tukar panglima perang telah begitu menakutkan seluruh kerajaan
Parsi, sehingga akhirnya dunia menyaksikan bagaimana tumbangnya sebuah kerajaan
agung Parsi ke tangan Islam.
Pun begitu, setelah hampir dua tahun kota
Parsi dibuka, masih ada beberapa raja Parsi yang masih hidup. Sepanjang tempoh
dua tahun mereka merancang untuk membunuh 'Umar dengan cara yang paling licik.
Ibn Kathir menulis didalam Al-Bidayah wan-Nihayah tentang dialog seorang raja
Parsi, Hurmuzan bersama 'Umar. Dialog itu berakhir dengan 'pengislaman'
Hurmuzan di hadapan 'Umar sendiri. Namun, beberapa kaum Muslimin sudah pun
meragui keislaman Hurmuzan. Seorang sahabat, Al-Mughirah bin Syu'bah, yang juga
merupakan penterjemah antara 'Umar dan raja Parsi, telah mengambil Fairuz,
seorang pemuda Majusi yang berasal dari Rom, sebagai hamba. Pemuda ini didapati
mempunyai banyak kemahiran yang mampu dimanfaatkan oleh umat Islam. Atas sangka
baik yang ada pada 'Umar, maka Fairuz, yang kemudiannya digelar Abu Lu'lu'ah,
telah dibenarkan untuk tinggal dan bekerja di dalam Madinah, walaupun
keislamannya diragui. Tanpa disangka-sangka, perancangan awal untuk membunuh
'Umar telah disusun oleh Hurmuzan, bekas raja Parsi yang mengaku memeluk Islam.
Abu Lu'lu'ah telah ditugaskan untuk melaksanakan pembunuhan itu. Beberapa
kejadian protes seperti tidak mahu membayar cukai sebagai hamba yang bekerja,
telah dibangkitkan oleh Abu Lu'lu'ah. Tempahan membuat pedang dan senjata juga
tidak mahu diterima kerana protes. Kesemua peristiwa ini menambah dendam Abu
Lu'lu'ah kepada 'Umar.
Pagi itu, seperti biasa, penduduk Madinah
datang berbondong-bondong ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat Subuh
berjemaah. Abu Lu'lu'ah juga hadir dan dia mengambil saf yang paling hadapan,
betul-betul di belakang 'Umar yang menjadi imam. Ketika solat Subuh dimulai,
Abu Lu'lu'ah tiba-tiba menikam 'Umar bertubi-tubi dari belakang dengan
menggunakan pisau belati beracun. Lalu 'Umar jatuh tersungkur di lantai masjid
dengan berlumuran darah. Abu Lu'lu'ah kemudiannya cuba melarikan diri namun
dihalang oleh jemaah yang lain. Dia tidak berputus asa malah tidak henti-henti
menghayunkan pisau bermata dua yang masih ditangannya menyebabkan seorang demi
seorang sahabat yang lain gugur. Akhirnya, dia dapati telah menikam dirinya
sendiri hingga mati.
Selesai solat Subuh yang diimami oleh
Abdul Rahman bin Auf, 'Umar dibawa pulang ke rumahnya untuk menerima rawatan.
Tabib yang merawat beliau memberinya minum pati buah kurma namun selepas
ditelan, keluar cecair merah dari luka pada bahagian perut 'Umar. Pada masa
itu, mereka tidak dapat memastikan sama ada cecair merah itu ialah darah
mahupun pati buah kurma yang baru ditelan. 'Umar kemudiannya diberi minum susu
dan cecair putih pula yang keluar dari perut 'Umar! Melihat kepada keadaan
'Umar yang sungguh kronik itu, tabib itu kemudiannya memberi isyarat supaya
'Umar segera menulis wasiat.
'Umar akur dan segera memanggil Uthman bin
Affan untuk menuliskan wasiatnya. Beliau melantik 6 orang ahli syura untuk
mengadakan mesyuarat bagi melantik salah seorang daripada mereka untuk menjadi
khalifah yang terdiri daripada Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf, Ali bin
Abi Talib, Thalhah bin Ubaidullah, Zubair bin Al-Awwam dan Saad bin Abi Waqas.
Setelah menyempurnakan wasiatnya, Khalifah
Umar wafat pada hujung bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah bersamaan tahun 644
Masihi pada usia 63 tahun. Beliau wafat 2 hari selepas peristiwa yang sungguh
tragik ini. Jasad Khalifah Umar Al-Khattab kemudiannya disemadikan bersebelahan
dengan manusia yang paling dicintainya iaitu Rasulullah SAW.. Semoga Allah
melimpahkan rahmat-Nya buat 'Umar Al-Faarooq dan memberi peluang untuk kita
menatap wajahnya dan bersama dengan mereka di syurga-Nya kelak. Amin…
Khamis, 21 Februari 2013
MyInfo-Pelekat Kenderaan
hanya sebagai contoh sahaja - gambar hiasan |
Pelekat
Kenderaan Berlogo Persatuan
Persatuan bercadang untuk
mengeluarkan pelekat kenderaan kereta dan motosikal bagi kegunaan
Penduduk Taman Topaz 2 . Pemakaian pelekat ini lebih kepada semangat setia
kawan dengan mendukung prinsip -prinsip kejiranan khasnya diantara penduduk
secara tidak langsungnya akan meningkatkan kawalan keselamatan secara amnya dan
Persatuan bercadang mempertimbangkan untuk menanggung segala kos yang
dikenakan pada pelekat pertama dan hanya pelekat kedua akan dikenakan
bayaran . Pada masa ini , rekabentuk dan kesesuaiannya masih lagi
didalam perbincangan diperingkat Ahli Jawatankuasa .Sekian terima
kasih - Pengerusi
Langgan:
Catatan (Atom)