Sabtu, 9 Mac 2013

MyBerita Terkini

TERKINI
Updated 6 Macl 2014@ 12.25 ptg
Maaf kerana informasi  dilaman ini tidak dikemas kini sehingga ke tarikh  ini disebabkan terdapat beberapa kesulitan -Harap maaf 



TERKINI
Updated 20 April 2013@ 4.25 ptg

Berita Harian 5 April 2012 (Khamis)
Sekian Terima Kasih
....................................................


TERKINI
Updated  19 April 2013@ 3.25 ptg
Usaha Untuk Mendapatkan Sekolah di Bandar Saujana Putra 

adaptasikan dari http://permatahatiku-sadi.blogspot.com/2011/03/usaha-mendapatkan-sekolah-di-bandar.html dan telah dimodifikasikan serba sedikit oleh Topaz2crew Admin  bagi menjaga sensitiviti penduduk setempat - Pengerusi

Rasanya dah lama kita dengar pasal usaha Persatuan Penduduk Bandar Saujana Putra untuk mendapatkan sekolah, namun sampai sekarang pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Persatuan Penduduk BSP. Terbaru masa sesi dialog yang lepas, YB Adun telah menyatakan bahawa isu sekolah bukan dibawah kuasa Adun tetapi di bawah kuasa Kementerian Pelajaran. Maka YB Adun tidak dapat memberikan sebarang komen mengenai isu ini.

Banyak pihak yang mengetengahkan isu ketiadaan sekolah di kawasan ini. Namun, TIADA  tarikh yang pasti berkenaan  PERANCANGAN SEKOLAH DI BANDAR SAUJANA PUTRA. Alkisah bermula, Persatuan Penduduk BSP yang membangkitkan usul pembinaan sekolah untuk anak-anak yang tinggal di kawasan ini. Setelah pelbagai usaha dijalankan termasuk surat dan perbincangan dengan pihak yang bertanggungjawab, Kementerian Pelajaran telah mempertimbangkan peruntukan projek pembinaan sekolah. Namun, atas faktor kengkangan peruntukan kewangan kerajaan, usul pembinaan sekolah bagaikan janji tinggal janji. Tiada kelulusan kewangan oleh Kementerian Kewangan dalam usaha pembinaan sekolah tersebut.

Di dalam perancangan BSP, tanah untuk tapak pembinaan sekolah telah dirancang dengan teliti. Namun sekiranya tiada kelulusan kewangan oleh kerajaan, bagaimana tender untuk pembinaan sekolah hendak dikeluarkan. Pihak pemaju cuba tampil untuk menghulurkan bantuan tetapi ia bukan mudah seperti yang sangkakan. Proses pembinaan sekolah melibatkan beberapa konsultasi dengan Kementerian atau Agensi termasuklah Jabatan Kerja Raya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pelajaran dan banyak lagi. Maka pemaju tiada kuasa untuk membantu Persatuan Penduduk BSP. Selain itu, untuk pembinaan sekolah  juga melibatkan isu-isu  tender dan proses ini akan menjaukaui masa yang agak panjang..






Pada penghujung tahun 2010, terdapat beberapa penjawat awam yang turun ke tapak pembinaan sekolah kawasan ini. Walaubagaimanapun, pihak yang bertanggungjawab ini tidak memberikan sebarang ulasan mengenai tarikh projek pembinaan sekolah akan diadakan. Ini merangkumi kelulusan belanjawan untuk projek sekolah dan jangkaan masa tender yang akan ditawarkan.

Insyaalah kita berharap 2013 ini akan membawa sinar harapan  kepada  penduduk -penduduk di Bandar Saujana Putra ini insyaallah .

....................................................
TERKINI
Updated  9 April 2013@11.25 pg

PERSATUAN telah memperuntukkan lebih dari 60 buah naskah Surah Yassin untuk kegunaan qariah-qariah di Taman Topaz 2 ini bagi mengadakan sebarang bentuk majlis keagamaan dan ilmu.  Kepada mereka yang ingin menggunakannya sila berhubung terus dengan saya. -- Pengerusi 

Sekian Terima Kasih
....................................................


TERKINI
Updated  8 April 2013@09.45 pg

Untuk pengetahuan bersama, PERSATUAN  telah memohon untuk mengujudkan KRT (Kejiranan Rukun Tertangga) dengan sendirinya  dikawasan Taman Topaz 2 ini dan  adalah tertakluk kepada kelulusan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Selangor . Ketika  ini Taman Topaz 2 adalah dibawah kawalan selia  Zon B (Topaz 1+2+ Crystal) yang telah dirasmikan baru –baru ini.. Jika permohonan ini diluluskan  ini adalah diantara kejayaan terbesar Persatuan  untuk mentadbirkan dan menguruskan agenda keselamatan  mengikut corak kita sendiri.  Persatuan Penduduk Taman Topaz memerlukan program dan dana dari Jabatan yang terlibat bagi memperkasakan agenda keselamatan serta mengujudkan suasana kejiranan serta persekitaran  yang selamat dikalangan penduduk setempat- Pengerusi

.............................................................................................................

TERKINI
Updated  26 Mac 2013@11.45 pg

 Logo Kelab Sukan Taman Topaz 2

 Logo Kelab Sukan  Taman Topaz 2.(bola sepak, sepak takraw, badminton, bowling).- AJK Kristal (Abdul Karim Mohamed Ali)

..............................................................................................................

TERKINI
Updated  25 Mac 2013@3.00 pg

Kepada mereka yang masih belum mengembalikan borang permohonan keahlian sila berbuat demikian dengan kadar segera .Maklumat yang dikemaskinikan akan dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan segera. Terima kasih -Pengerusi

Kerjasama dari tuan dan puan amatlah dihargai

.............................................................................................................

TERKINI
Updated  12 Mac 2013@3.00 ptg

Sila kembalikan Borang Permohonan Keahlian yang diterima pada atau sebelum 19hb Mac 2013 (Selasa) pada jam 2.00 ptg di kediaman Setiausaha En Samsul Abd Rashid (013-3725800) di No 73 Jalan 6/8 Taman Topaz 2.

Kerjasama dari tuan dan puan amatlah dihargai


Khamis, 7 Mac 2013

MyMakluman Penting

------------------------------------------------------------------------------------------------
Updated 10 Mac 2013@2.45 ptg

Kami menghargai komitmen dan penyertaan anda di dalam memperkemaskan informasi di laman ini. Kami ingin menyakinkan anda bahawa maklumbalas adalah dipertimbangkan dengan sewajarnya dan tindakan akan diambil bagi setiap cadangan yang membina.Ukhwah ini bergantung kepada kesediaan anda, oleh yang demikian adalah penting untuk anda jujur dalam memberi sebarang cadangan serta ulasan dan berikanlah sebarang komen yang anda fikirkan dapat membantu.Setiap cadangan seharusnya meletakkan nama dan nombor  kediaman untuk  tindakan selanjutnya.Sebarang cetusan provokasi sama sekali tidak akan dilayan.
--------------------------------------------------------






Khamis, 28 Februari 2013

MyPrinsip - Prinsip Kejiranan Penduduk TamanTopaz 2

Dikongsikan bersama penduduk dengan  matlamat  bagi merakyatkan Persatuan -Pengerusi






Q= Quarter (suku tahun)

























MyCarta Organisasi Persatuan Penduduk Taman Topaz 2







Carta Organisasi Persatuan Penduduk Taman Topaz 2
( ) = No kediaman.
Carta Organisasi Persatuan Penduduk Taman Topaz 2 (WANITA)
( ) = No kediaman.
Carta Organisasi Persatuan Penduduk Taman Topaz 2 (KRT)
( ) = No kediaman.





MyBerita dari KRT (Kejiranan Rukun Tetangga)


Informasi akan dikemaskinikan oleh ketua -ketua KRT yang dilantik.

 Apa itu KRT 
Langkah memupuk semangat kejiranan khususnya bagi masyarakat yang tinggal di kawasan bandar harus dipergiatkan dengan lebih serius lagi di semua peringkat.Ini amat penting dalam memastikan perpaduan berbilang kaum khususnya bagi penduduk bandar terjalin kukuh dengan semangat kejiranan yang tinggi tanpa mengira bangsa dan agama. perkara ini amat penting dalam memastikan kemakmuran dan ketenteraman negara ini menempuhi era globalisasi yang kian mencabar.
“Pendekatan melalui konsep kejiranan iaitu dengan penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) merupakan satu langkah yang positif dan berkesan ke arah perpaduan kaum.
“Melalui konsep ini ia akan mampu mewujudkan jalinan kemesraan antara masyarakat yang berbeza kaum dan agama, serta bertindak mengeratkan interaksi masyarakat yang berbeza budaya dan amalan.“Kita juga berharap pada masa akan datang jumlah KRT yang berdaftar akan bertambah serta berjalan atas fungsi-fungsi serta dasar yang telah ditetapkan oleh jabatan iaitu bergiat aktif dalam semua program yang berkaitan demi manfaat bersama.
Program ini merupakan satu program transformasi yang menjurus ke arah pemikiran baru dalam program-program Jiran-jiran 1Malaysia. Masyarakat perlu menanam sikap terbuka iaitu bersedia menerima kejiranan yang berlainan kaum dan mampu hidup dalam suasana yang baik.
Ketua - Ketua KRT Berdaftar 
Blok Zamrud  En Shahidan (No 99 Jalan 6/8 )
Blok Nilam     En Sharom   (No 65 Jalan 6/8 )
Blok Kristal    En Nizam      (No 70 Jalan 6/7 )
Blok Mutiara  En Fahmi      (No 120 Jalan 6/7)

Rabu, 27 Februari 2013

MyTopaz 2 Buletin

Kepala surat rasmi Persatuan




Logo Persatuan


Sijil Pendaftaran Pertubuhan



Makluman
Dengan sukacitanya Persatuan  Penduduk Taman Topaz 2 telah didaftar dan diluluskan  sebagai satu Pertubuhan yang sah dibawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftarannya PPM -004-10-21112012 berkuatkuasa pada 21 Nov 2012 denga nama rasminya "PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TOPAZ 2 " Bandar Saujana Putra . Segala  aktiviti- aktiviti  Persatuan adalah tertakluk kepada Peraturan -Peraturan Pertubuhan 1984.

Persatuan akan mengedarkan  satu (1) salinan akta pertubuhan  kepada setiap kediaman untuk rujukan bersama.

Sekian Terima Kasih

MySukan dan Riadah

Dilaman ini juga mengalukan dan memuatkan segala berita  aktiviti riadah dan kesukanan untuk penduduk Taman Topaz 2


Tarikh : 3hb March 2013 (Ahad)
Tempat : Frenzie Sport Arena (Seksyen 16 Shah Alam)
Masa : 8.30pg - 4.30 ptg 


Jika ada kelapangan bolehlah datang dan menyokong pasukan kita . Dua (2)  pasukan dari Topaz 2. Sekian Terima Kasih






MyOh My English.....


This article is  just for our reference how  to start learning English... I believe most of us already aware on the term that  we were  learnt in primary and secondary school long time ago and just to share with each other and surely  sharing is almost caring.



If you just started learning English, you first need to know some basic rules of the language. Developing a solid foundation in English grammar will not only help you create your own sentences correctly but will also make it easier to improve your communication skills in both spoken and written English 

Study all the lessons below and incorporate your learning into your speaking and writing. 
http://www.talkenglish.com/Grammar/Grammar.aspx


1. Singular and Plural Nouns
2. Count Nouns vs. Non-Count Nouns
3. Possessive Nouns
4. Pronouns
5. 'Be' Verbs
6. Action Verbs
7. Adjectives
8. Comparative and Superlative Adjectives
9. Adverbs
10. Simple Tense
11. Progressive and Perfect Tense
12. Perfect Progressive Tense
13. Irregular Verbs
14. Gerunds
15. Infinitives 1
16. Infinitives 2
17. Active Voice and Passive Voice
18. Indicative, Imperative, Subjunctive Mood
19. Auxiliary Verbs - 'Be', 'Do', 'Have'
20. Auxiliary Verbs - 'Will/Would', 'Shall/Should'
21. Auxiliary Verbs - 'Can/Could', 'May/Might/Must'
22. Prepositions - 'On', 'At', 'In'
23. Prepositions - 'Of', 'To', 'For'
24. Prepositions - 'With', 'Over', 'By'
25. Conjunctions - Coordinating and Correlative
26. Conjunctions - Subordinating
27. Conjunctive Adverbs
28. Articles - Indefinite and Definite
29. Interjections
30. Capitalization

MyIklaneka (mudah dan ringkas)

Berniat untuk menjual dan mencari sesuatu ? , kongsikan material yang hendak dijual dan kami akan BANTU anda untuk menghebahkannya... Jangan tunggu !!!!!!!!!!

MyMajlis (keramaian)

Berhajat untuk membuat kenduri atau majlis ringkas  ? sila kongsikan agenda anda  kepada PERSATUAN dan kami akan hebahkan untuk pengetahuan umum. Sila hubungi AJK di Blok tuan dan puan untuk keterangan lanjut. Terima kasih